Jumaat, 8 April 2011

Motosikal-Motosikal Termahal Di Dunia


Selalu kita dengar kereta mahal jer kan~ Kali ni saya nak bawa anda lihat motosikal-motosikal yang mempunyai ranking paling mahal di dunia. Motosikal ini bukan sahaja cantik dan pelik, tetapi mempunyai top speed yang sangat tinggi. Bagi kita yang sederhana nih rasanya tidak mungkin akan memikirkan untuk memiliki motosikal sebegini jikalau sekalipun kita mampu. Banyak lagi benda boleh buat dengan duit tu kan melainkan apabila seseorang tu mempunyai minat yang sangat mendalam ataupun duit sampai tak tahu nak buat apa. So,, mari kita layan gambar-gambar di bawah nih,
1- Dodge Tomahawk V10 Superbike
Price: $550 000- $ 600 000
Top Speed: 640km/j
2- ECOSSE Titanium Series RR
Price: $160 000- $ 200 000
Top Speed: 400km/j
3Macchia Nera Concept Bike
Price: $200 000- $ 250 000
Top Speed: 370km/j





4- MTT Turbine Superbike
Price: $150 000- $ 185 000
Top Speed: 320km/j
5- AEM Carbon Fiber Hayabusa
Price: $160 000- $ 200 000
Top Speed: 300km/j
Cuba anda convert duit tu ke RM. Mencapai jutaan ringgit kesemua motosikal ni. Tetapi ingat, motosikal-motosikal ini bukan mahal kerana cukai-cukai yang dikenakan. Ia mahal pada setiap kualiti bahan yang digunakan untuk membuat motosikal ni seperti contoh titanium, carbon fibre dan sebagainya. Selain itu, ia mahal kerana ketilitian yang tinggi semasa proses penghasilannya. Kepada sesiapa yang berminat tu boleh la try beli. Saya dapat tengok atas highway pun sudah mencukupi dan bangga bila ada rakyat Malaysia yang mampu memilikinya.

Factory Overrun Fashions Store – Baju Berjenama dari Uk dan US kini di Malaysia


Kedai Factory Overrun Fashion Store telah membuka cawangan pertamanya secara rasmi pada 20 Mac 2011 yang lalu di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. FOFS menjual pakaian berjenama dari UK dan US seperti Dockers, Levis, Calvin Klein dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

Potongan Sehingga 35%

Sempena pembukaan kedai FOFS ini, FOFS sedang membuat potongan sehingga 35% untuk semua pakaian. Potongan 35% ini hanya sebulan. Jadi 20 April 2011 hari terakhir dan selepas itu harga kembali kepada harga asal.
p/s : Buat masa ini hanya baju-baju sahaja, stock seluar belum sampai

Lokasi FOFS

XG-12,JLN PLUMBUM X7/X, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, SHAH ALAM,SELANGOR, 40000 Shah Alam, Malaysia

Pengedar

FOFS juga menawarkan untuk pembelian secara borong dan juga kepada sesiapa yang berminat untuk menjual secara online.
Jika berminat sila hubungi :
Amaluz Zaman, 012-278 9142
atau emel : armija_86@yahoo.com.my

Salah satu sebab sperma lelaki kurang produktiviti




Agak mengejutkan mengenai berita ini apabila kosmo menyiarkan satu artikel mengenai “Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk“. Seperti agak keterlaluan bunyinya sehinggakan mati pucuk. Sejauh mana kebenaran dan rekod lelaki yang mati pucuk berpunca dari penggunaan telefon bimbit?
Menurut kosmo berdasarkan kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP),
  1. Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk
  2. Penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
  3. Pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya
Jika benar mengenai kajian oleh CAP ini, kepada lelaki yang sebelum tidur,sebelum makan,masa makan yang sentiasa bergayut dengan buah hati masing-masing adalah golongan yang paling tinggi berisiko dengan mati pucuk.Bagaimanapun, secara peribadi saya masih belum dapat fikirkan dari segi mana perkaitan telefon bimbit dengan masalah mati pucuk dan kesuburan lelaki.
Mungkin ada benarnya berdasarkan artikel di selangor2u baru-baru ini “ Kesan Menara Pemancar Telekomunikasi
Penghasilan sperma yang berkurangan
Ini kerana tabiat membawa telefon bimbit boleh menyebabkan seseorang lelaki mengalami pengurangan sperma sebanyak 30% berdasarkan kajian dari Hungary. Pangkaji dari University of Szeged mendedahkan bahawa seseorang lelaki yang merupakan pengguna aktif telefon bimbit mempunyai purata 59 juta sperma per mililiter (ml) berbanding 83 juta sperma per ml bagi lelaki yang tidak menggunakan telefon bimbit.
Kemusykilan pula kepada saya sekarang adalah, kajian ini memang benar di buat oleh CAP atau CAP hanya membuat laporan berdasarkan kajian dari luar negara???

Khamis, 7 April 2011

Salam Perkenalan

Salam sejahtera semua... disini sy mewakili pihak page Suara Dari Warung Kopi, berjanji akan bekerja keras untuk menghasilkan entry2 terbaik untuk paparan anda semua... Teruskan menyokong page ini ya!

Rolls-Royce Phantom : Kereta Elektrik Termewah Di Dunia




Rolls-Royce sememangnya sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta-kereta mewah sejak dari dahulu lagi. Kini mereka menghasilkansebuah kereta mewah yang mesra alam iaitu Rolls-Royce Phantom 102EX. Mungkin kerana permintaan terhadap “Green Car” semakin ketara ketika ini. Kereta itu dikuasakan oleh bateri yang terbesar di dunia yang pernah dimuatkan dalam kereta elektrik. Ia seberat 640kg dan boleh menggerakkan enjin elektrik sehingga jarak purata 125batu (lebih kurang 201km). Bateri tersebut juga boleh di cas dalam masa singkat iaitu 8jam. Phantom 102EX mempunyai sistem pengecas bateri yang unik dimana ia akan dicas apabila kereta tersebut di parking pada termpat yang disediakan. Pengecasnya akan ditanam di dalam tanah dan Phantom 102EX akan dicas secara induksi apabila ia berada diatas pengecas itu. Walaubagaimanapun, prestasi Phantom 102EX adalah sedikit rendah dari Phantom biasa yang menggunakan enjin V12. Ia mencapai halaju 60mph (96kmh) pada kurang 8 saat dan halaju maksimumnya 100mph (160kmh) berbanding Phantom berenjin V12 yang mencapai 60mph pada 5.7 saat sahaja.
Walaupun begitu, Phantom 102EX ini masih dalam bentuk model eksperimen dan jika terdapat banyak permintaan, Rolls-Royce akan mambawanya untuk di produksi. Harga yang dijangkakan adalah sekitar USD$1.6 juta.

Jumaat, 11 Mac 2011

Tsunami 11/3/2011


Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

Isnin, 28 Februari 2011

Salam Perkenalan

Hai sume..... tenz coz sudi lawat blog Anshen.... Teruskan menyokong blog ini coz byk perkara n peristiwa menarik akan Anshen kongsikan untuk tatapan korang....