Khamis, 7 April 2011

Rolls-Royce Phantom : Kereta Elektrik Termewah Di Dunia




Rolls-Royce sememangnya sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta-kereta mewah sejak dari dahulu lagi. Kini mereka menghasilkansebuah kereta mewah yang mesra alam iaitu Rolls-Royce Phantom 102EX. Mungkin kerana permintaan terhadap “Green Car” semakin ketara ketika ini. Kereta itu dikuasakan oleh bateri yang terbesar di dunia yang pernah dimuatkan dalam kereta elektrik. Ia seberat 640kg dan boleh menggerakkan enjin elektrik sehingga jarak purata 125batu (lebih kurang 201km). Bateri tersebut juga boleh di cas dalam masa singkat iaitu 8jam. Phantom 102EX mempunyai sistem pengecas bateri yang unik dimana ia akan dicas apabila kereta tersebut di parking pada termpat yang disediakan. Pengecasnya akan ditanam di dalam tanah dan Phantom 102EX akan dicas secara induksi apabila ia berada diatas pengecas itu. Walaubagaimanapun, prestasi Phantom 102EX adalah sedikit rendah dari Phantom biasa yang menggunakan enjin V12. Ia mencapai halaju 60mph (96kmh) pada kurang 8 saat dan halaju maksimumnya 100mph (160kmh) berbanding Phantom berenjin V12 yang mencapai 60mph pada 5.7 saat sahaja.
Walaupun begitu, Phantom 102EX ini masih dalam bentuk model eksperimen dan jika terdapat banyak permintaan, Rolls-Royce akan mambawanya untuk di produksi. Harga yang dijangkakan adalah sekitar USD$1.6 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan